Saturday, May 2, 2009

AKTIVITI 2( KUMPULAN)

AKTIVITI 2 (KUMPULAN)
Refleksi ke atas masalah terhadap sesuatu tajuk
Selepas mengikuti kursus Kaedah Mengajar di mana kami diminta menjalani ‘mikroteaching’, kami dapati ada beberapa tajuk dalam subjek Biologi yang agak sukar diikuti dan difahami oleh pelajar-pelajar. Bagi tugasan ini, kumpulan kami memilih tajuk ‘Microorganism’.
Masalah yang dihadapi pelajar
Antara masalah utama yang dihadapi pelajar-pelajar daripada tajuk ini adalah:-

i. Terminologi yang digunakan dalam menamakan dan mengkelaskan mikroorganisma banyak dan agak asing bagi pelajar-pelajar menjadikan ia sukar difahami dan diingat
Contohnya: peptidoglycan,protozoa, pathogen dan chitin

ii. Kesukaran dalam membezakan ciri- ciri setiap kelas
Disebabkan mikroorganisma ini terlalu halus dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar, jadi pelajar-pelajar agak lemah untuk mengimaginasi bentuk dan ciri- ciri yang ada pada setiap kelas mikroorganisma iaitu bacteria, fungi, algae dan protozoa.Ini menyebabkan pelajar hanya menghafal dan tidak memahami setiap cirri-ciri tersebut

iii. Bab ini mengandungi subtopik yang banyak dan memerlukan masa yang agak panjang untuk dikuasai.

Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi, kami menjalankan pelan tindakan untuk memberi penambahbaikan kaedah pengajaran kami pada tajuk tersebut supaya meningkatkan lagi penguasaan pelajar pada tajuk ini.

i. Sebagai langkah awal, kami merancang matlamat dan objektif dalam kajian ini:

a) pelajar dapat memahami dan menguasai topik mikroorganisma

objektif:

a) pelajar boleh menciri dan mengkelaskan jenis-jenis mikroorganisma
b) pelajar boleh melukis kumpulan-kumpulan mikroorganisma bagi menunjukkan
perbezaan

Antara strategi yang dirancang adalah:

a) Mengarahkan pelajar mereka peta konsep untuk topik ini supaya mereka jelas dengan kandungan topic ini secara keseluruhan terlebih dahulu.

b) Sebelum memulakan p n p guru perlu memperkenalkan istilah atau terminology yang akan digunakan terlebih dahulu.Setiap terma mestilah diberi penerangan dengan jelas supaya pelajar biasa menggunakan terma tersebut semasa pembelajaran dan tidak mengganggu kefahaman mereka

c) Menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai supaya lebih efisyen dan efektif.

d) Selain bantuan BBM, kaedah mengajar yang lebih kreatif dengan system Student –Centered Learning boleh diaplikasikan bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam toipk ini.

e) Meminta pelajar melukis dan melabel setiap kelas mikroorganisma

ii. Setelah merancang, kami akan melaksanakannya di dalam kelas semasa pembelajaran dan pengajaran . Ada tindakan yang memerlukan masa yang agak panjang bergantung pada kemampuan pelajar.Jika pelajar agak lemah, masa yang digunakan untuk setiap pelaksanaan akan lebih panjang.
ABM yang akan kami gunakan adalah seperti video dan gambarajah. Kaedah makmal juga dilihat sebagai langkah berkesan untuk memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri rupa bentuk mikroorganisma tersebut. Kami akan membawa sampel atau slaid ke dalam makmal, dan pelajar akan memerhati menggunakan mikroskop. Selepas memerhati mereka akan diarahkan melukis pemerhatian mereka untuk menggambarkan perbezaan setipa kumpulan mikroorganisma. Cara ini dilihat mampu membantu pelajar dalam bentuk visual.
Selain itu, kami juga akan menggunakan kaedah perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan di dalam kelas.

iii. Bagi memantau pelaksanaan setiap perancangan yang kami lakukan, salah satu cara adalah kami akan merujuk dan bertanya pendapat rakan- rakan yang lebih berpengalaman mengenai kaedah yang kami jalankan. Kami juga akan sentiasa melihat kemajuan yang ditunjukkan semua pelajar dalam menguasai topik ini.Pemantauan akan dilakukan berterusan supaya kami dapat mengesan kelemahan dan kekurangan yang ada dalam perancangan kami. Ini merupakan salah satu cara kami memperolehi maklumat dalam tindakan kami. Seterusnya setiap kelemahan, akan kami baiki dengan menggunakan alternatif yang lebih berkesan.

iv. Daripada pemantauan yang kami jalankan, kami akan refleks setiap tindakan kami.Keberkesanan pelaksanaan setiap perancangan kami, akan kami nilai melalui beberapa cara. Contohnya mengadakan kuiz atau sesi soal jawab bagi menguji kefahaman dan penguasaan pelajar dalam topik ini. Selain itu, kami juga boleh meminta pelajar melakukan pembentangan supaya setiap pelajar dapat menguasai topic ini dan proses pembelajaran menjadi lebih menarik. Jika pelajar menunjukkan pencapaian atau kemampuan yang baik dalam penilaian yang kami lakukan,ia menunjukkan perancangan kami berkesan dan sesuai digunakan. Jika masih ada pelajar yang tidak boleh memahami dan menguasai topik ini, ia menunujukkan perancangan dan tindakan kami memelukan penambahbaikan yang lebih mantap. Proses ini akan masuk ke kitaran ke dua.


Disediakan bersama
Wan Roziah Wan Endut
Ong Chee kiong


No comments:

Post a Comment