Tuesday, May 12, 2009

Kuliah 4-Kajian Tinjauan /Kajian Perpustakaan..

Salah satu langkah penting dalam kitaran kajian tindakan adalah kajian tinjauan atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris iaitu Literature Review..Kajian Tinjauan atau kajian perpustakaan boleh digunakan sebagai input awal untuk melakukan kajian tindakan.

Mengapa kajian tinjauan penting dalam proses kajian tindakan?
Walaupun di dalam kajian tindakan,penyelidik itu sendiri memainkan peranan penting dalam proses penambahbaikan,tetapi rujukan pada kajian tinjauan perlu dilakukan bagi meperkukuhkan perancangan sendiri.

kajian tinjauan merupakan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terlebih dahulu dan tinjauan dijalankan melalui buku, journal dan laporan.
Kajian Tinjauan digunakan dalam setiap langkah dalam kitaran kajian tindakan.Penyelidik bukan sahaja boleh menggunakan idea-idea daripada kajian tinjauan yang dirujuk,tetapi juga boleh memberi penambahbaikan ke atas kajian terdahulu.Ini kerana seiring dengan peredaran masa, adakalanya maklumat yang terdapat dalam kajian terdahulu tidak menepati keperluan zaman sekarang atau pada masa akan datang.

Kajian Perpustakaan memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi dalam menginterpretasi maklumat yang dirujuk.

  • membuat banding beza
  • menganalisis
  • menilai
  • membuat kesimpulan
  • mensintesis
Membanding beza- mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri,sifat, fizikal,dan unsur dan digunakan dalam membuat keputusan

Menganalisis -mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

Menilai- membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.Ia digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu,menerima atau menolak sesuatu

membuat kesimpulan- membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau memperkukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

mensintesis - menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan esei,lukisan dan artifak.

2 comments:

  1. SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-Seminar

    ReplyDelete
  2. Helo cikgu,boleh bagi biodata sedikit.?nama,ipta/sekolah tpt mengajar,dan berapa tahun mengajar?Sya Adrian Thomas dari SMK Tenghilan,Tuaran,Sabah,.Sy mengambil Pra-U(Tingkatan 6).Sekarang sy sedang buat 1kajian mengenai pola penggunaan perpustakkan.Bagi Research and Development (R&D) Pra-U.Sy nak jadikan artikel cikgu ini sbg salah1 drp literatur review dalam kajian sy.Trma kasih.

    ReplyDelete