Sunday, May 24, 2009

Tugasan-Perbandingan Journal Kajian Tindakan

1. Latar belakang

Artikel 1 :Developing and changing practice in special educational needs through crically reflective action reserach : a case study ( Membangunkan dan mengubah amalan dalam pendidikan khas melalui kajian tindakan reflektif)

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menilai keberkesanan kajian tindakan dalam mengubah dan membangunkan amalan dalam pendidikan khas lebih spesifik mengamalkan konsep inklusif dan integrasi .Penulis yang merupakan penyelidik menjalankan kajian di Belanda memandangkan negara tersebut telah mengubah polisi pendidikan dimana pelajar berkeperluan khas dimasukkan ke dalam kelas aliran perdana dan belajar bersama-sama pelajar tipikal.Kajian ini dijalankan secara kolaboratif dengan pelajar sarjana pendidikan khas.Bagi mengkaji keberkesanan kajian tindakan yang dijalankan penyelidik merujuk kepada 6 ciri kajian tindakan yang berkualiti yang dicadangkan oleh Alrichter(1993).

Artikel 2 :Developing Formative Assessment in the Classroom : using action research to explore and modify theory ( Membangunkan kaedah Penilaian Formatif dalam Kelas : Menggunakan Kajian Tindakan untuk menguasai dan mengubahsuai teori)

Artikel ini melaporkan hasil kajian yang dilakukan untuk membangunkan kaedah penilaian formatif bilik darjah pada pelajar sekolah rendah.Ia bertujuan melatih kemahiran komunikasi pelajar sekolah rendah dalam membuat penilaian di samping menggalakkan interaksi sosial di kalangan pelajar.Selain itu,tujuan utama artikel ini dihasilkan adalah untuk melihat keberkesanan pendekatan kajian tindakan kolaboratif guru dalam membawa perubahan kepada amalan penilaian di dalam kelas. Ini kerana kajian tindakan ini djalankan secara kolaboratif antara penyelidik dari 2 buah universiti dan sekumpulan guru penyelidik.


Artikel 3 : Developing Procedures for Implementing Peer Assessment in Large Classes using an Action Research (Membangunkan Prosedur untuk melaksanakan Penilaian Rakan Sebaya dalam Kelas yang besar menggunakan proses kajian tindakan )

Penilaian rakan sebaya telah digunakan secara meluas sebagai salah satu proses pembelajaran pada sistem pendidikan tinggi.Walaubagaimanapun ia lebih tertumpu pada bilangan pelajar yang kecil.Kertas kerja ini meaporkan mengenai pembangunan prosedur penilaian rakan sebaya dalam saiz kelas yang besar menggunakan kitaran dalam kajian tindakan.Kajian ini dijalankan sebanyak 3 fasa dimana selepas setiap fasa dijalankan perubahan dilakukan selaras dengan respons daripada pelajar dan staf yang terlibat.Pembangunan prosedur ini dibincangkan berdasarkan tugasan penilaian,kriteria penilaian, petunjuk prosedur, sistem taburan dan prosedur pemarkahan.

2. Sampel

Artikel 1 : 15 guru, perkhidmatan sokongan, pelajar aliran perdana dan berkeperluan khas

Artikel2 :Guru dan murid sekolah rendah(tidak dinyatakan secara spesifik)

Artikel 3 : 1654 pelajar dan 30 staf dari 3 fakulti(Perniagaan,pendidikan dan kesihatan) Universiti Teknologi Queensland

3. Setting

Artikel 1: sekolah-sekolah rendah di Belanda

Artikel 2 : Bilik darjah sekolah rendah dan universiti

Artikel3 : Universiti Teknologi Queensland

4. Prosedur Kajian

Artikel 1 : Kajian dijalankan secara kolaboratif antara penulis dengan pelajar sarjana pendidikan khas.

1) penyelidik merekabentuk modul yang akan dibentangkan

2) kajian dijalankan selama tiga tahun dengan pelbagai modul iaitu:
-Lawatan ke sekolah-sekolah
- Pendidikan khas di Europian Union-melawat 2 ataui 3 buah negara

3) Perbandingan portfolio kajian
- pelajar sarjana diminta mengenalpasti kawasan mereka yang memerlukan perubahan dan membuat kajian tindakan, kemudian membandingkan dengan kajian yang dilakukan di UK

4)Projek kajian pendidikan
- Pada tahun terakhir kajian dijalankan,mereka merancang ,melaksanaka dan menilai semula tindakan menggunakan kajian tindakan. Kuliah,bengkel dan tutorial digunakan sebagi method dalam melaksanakan kajian dan refleksi setiap tindakan dihantar dan dinilai

Pelajar- pelajar yang tertentu dipilih sebagai kumpulan kajian kerana program tersebut telah mencapai tahap dimana modul tersebut telah dibangunkan sebaiknya,telah dicuba dan dinilai dengan kumpulan sebelumnya.Penilaian yang sistematik pada peringkat ini membolehkan maklumat yang diperolehi sah dan boleh digunakan.Perbincangan awal dengan kumpulan sasaran ini menunjukkan mereka tidak pernah berpengalaman dalam kajian tindakan.Mereka menjangkakan kursus yang dijalankan lebih kepada 'berpusatkan pensyarah' dimana pensyarah sebagi seorang pakar yang menjadi model dan berperanan sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah.


artikel 2 :

Kumpulan guru penyelidik menjalankan kajian dalam kelas mereka sendiri manakala kumpulan penyelidik universiti menjalankan kajian dengan cara temubual dan pemerhatian di dalam kelas.Pendekatan kajian tindakan yang dijalankan akan dibincangkan bersama antara 2 kumpulan tersebut.
Stuktur dan turutan perjumpaan mereka bergerak daripada:

i. mengenalpasti isu-isu penilaian dan pembelajaran
ii. perbincangan kaedah kajian tindakan yang akan dijalankan
iii. mereka bentuk fokus kajian
iv.laporan kemajuan pergerakan dan perbincangan data
v.pembentangan dapatan kajian

Daripada aktiviti-aktiviti di atas mereka meneruskan kajian dengan proses pengumpulan data.
Kajian tindakan ini berlangsung dengan 2 kitaran : Mei-Disember 1997( fasa 1) dan Januari- Ogos 1998 (fasa 2)
Hasil kajian daripada fasa 1 lebih kepada untuk membangunkan deskriptif dan analitik proses penilaian formatif yang akan diberi penambahbaikan pada fasa ke 2.

Pada fasa ke 2 kajian, penyelidik memberi penambahbaikan kepada kajian mereka. Pada fasa ini mereka telah mengenalpasti aspek yang perlu diberi perhatian semasa penilaian dan fokus kepada rangka kerja yang lebih praktikal serta mempertimbangkan semula pendekatan secara konvergen atau divergen dalam menjalankan penilaian.
Rangka kerja yang dibentuk adalah seperti berikut:

1.Menyatakan tugasan dan kriteria kualiti yang lebih spesifik
2. Mereka soalan
3.Pemerhatian dan penghasilan data
4.maklumbalas dan penilaian



Artikel 3:

Kajian ini dijalankan selama 2 tahun sebanyak 3 kitaran melibatkan pelajar dan staf akademik daripada 3 fakulti universiti teknologi Queensland.
Draf prosedur pelaksanaan dibina pada peringkat awal semasa bengkel dan taklimat dengan ahli -ahli kajian dan unit koordinator.
Mereka juga diminta menyediakan latihan penilaian kendiri untuk disiapkan oleh pelajar.
Perkembangan prosedur penilaian rakan sebaya yang dijalankan adalah seperti berikut:

i. Tugas penilaian
Pada fasa pertama, proses pemilihan tugasan yang akan diberi kepada sasaran untuk dinilai.Tugasan yang dipilh ialah pembentangan poster.
Bagaimanapun,tugasan ini didapati mempunyai masalah dimana responden tidak pernah melakukan tugasan ini menyebabkan mereka kurang pengetahuan untuk menyiapkannya.masalah kedua,pemilihan topik yang berlainan untuk dibentang menjadikan pemarkahan tidak telus kerana ada topik yang tidak dipelajari menyebabkan rakan sebaya sukar untuk membuat penilaian.
Sebagai penambahbaikan, pada fasa kedua dan ketiga,tugasan yang diberikan adalah tugasan bertulis.

ii.Kriteria penilaian

Pada fasa pertama penilaian merujuk kepada ciri yang ditetapkan oleh Boud (1995).bagaimanapun ia tidak berseuaian dengan saiz kelas yang besar. Pada fasa ke dua dan ketiga pengkaji merujuk kepada kriteria penilaian yang dibina sendiri oleh unit koordinator

iii.Petunjuk prosedur.
Pada awalnya ia diberi penerangan oleh pensyarah totorial dalam kumpulan kecil.Bagaimanapun tiada keselarasan dalam prosedur yang diberi oleh tutor yang berlainan.Oleh itu pada fasa berikutnya,tunjuk ajar diberikan semasa sesi kuliah oleh seorang pensyarah.

iv.Sistem taburan
Pada fasa 1 pelajar dinilai oleh pelajar dari kumpulan tutorial yang sama, bagaimanapun ia diubah pada fasa ke 2 dan ke 3 dimana mereka menggunakan penilaian dar rakan tutorial yang berbeza

v.Prosedur pemarkahan
Pada fasa 1, penilaian rkan sebaya dijalankan semasa sesi tutorial.Bagaimanapun masalah timbul apabila mereka boleh mendengar penilaian terhadap diri mereka semasa dibincangkan dan diberi markah.Oleh itu pada fasa kedua,proses penilaian dijalankan semasa seminggu selepas waktu tutorial dan ia dilanjutkan sehingga 2 minggu pada fasa ke 3.

vi.Pemarkahan semula tutor
Pada fasa 1 tutor akan menyemak semula pemarkahan yang diberi oleh rakan sebaya,tetapi ia dilihat tidak sesuai kerana pelajar tidak akan ambil serius untuk menilai kerana mereka merasakan tutor yang akan menentukan semuanya pada peringkat akhir.Pada fasa ke2 dan ke 3 ia diubah dengan memberi sepenuhnya kuasa pemarkahan kepada rakan sebaya.




5. Pengumpulan dan penganalisisan data

Artikel 1 : Dalam kajian ini data dikumpul selama 3 tahun dengan menggunakan pelbagai strategi termasuklah :

a)ujian untuk semua modul yang menjelaskan kriteria kajian tindakan yang berkualiti berdasarkan kriteria kajian Altritcher (1993)
b) soal selidik di setiap akhir modul
c) Temubual separa berstruktur dengan pelajar
d)Soal selidik susulan selepas setahun program dijalankan
e)perbincangan terbuka dan kritikan antara penyelidik
f)perbincangan melalui emel

Data yang dikumpul dianalisis melalui penilaian berdasarkan 3 persoalan iaitu :

  • Sejauh mana kajian tindakan yang dijalankan memenuhi ciri-ciri kualiti yang ditetapkan oleh Altricher (1993)?
  • Apakah impak kajian tindakan kepada perkembangan profesional dalam membangunkan pendekatan reflektif?
  • Apakah kesan kajian tindakan kepada pelajar, terutama dalam bidang pendidikan khas dan inklusif?
melalui analisis data yang dibentangkan, penulis mendapati, keseluruhan kumpulan memahami sepenuhnya apa kualiti kajian tindakan dan mengaplikasikannya di kawasan
kajian yang menjadi pilihan mereka.
Kolaboratif dengan pelajar dan ibubapa juga berkesan dimana mereka terlibat secara aktif dalam kajian, memberi tindak balas dan pelbagai penilaian.


Artikel 2:

Data dikumpul melalui
a)rakaman penilaian interaksi di dalam kelas dan perbincangan semasa perjumpaan menggunakan audio dan video
b)diari kajian
c)contoh kerja pelajar
d)soal selidik, pemerhatian dan temubual dengan pelajar di dalam kelas

Analisis data
Penyelidik guru menggunakan kaedah pemerhatian yang membantu mereka mendapat maklumat mengenai apa yang pelajar sekolah tahu, faham dan buat . Semasa temubual atau pemerhatian dijalankan.Seperti yang dinyatakan,hasil dapatan daripada data fasa 1 digunakan untuk membangunkan fasa ke 2.2 perkara yang perlu diberi penambahbaikan adalah

i.meneliti semula tujuan sesetengah aktiviti dan kriterianya
ii.fleksibiliti kepada pelajar dalam kelas dan membangunkan pendekatan divergen daripada pendekata convergen


Artikel 3:data dikumpul melalui

a)soal selidik kepada pelajar yang mengandungi soalan mengenai kelebihan dan kelemahan penilaian rakan sebaya

b)temubual bersama staf akademik mengenai kebaikan dan keburukan penilaian rakan sebaya

Analisis data
daripada 1654 pelajar yang terlibat,57 % sahaja yang menyiapkan dan menghantar kertas soal selidik.
Setiap keputusan yang diperolehi diperbandingkan dengan hasil kajian lepas.Antara kajian lepas yang menjadi rujukan pengkaji adalah:

-Kajian Davies et.al (2000) mencadangkan pengalaman pelajar yang pernah dinilai akan mempengaruhi sikap dan kepercayaan mereka terhadap konsep penilaian rakan sebaya.

-Kajian Mc Dowel,1995; Orsmond & merry, 1996) mendapati 40% pelajar menganggap penilaian rakan sebaya tidak telus dan tidak boleh dipercayai

-Kajian Race(1998) mendapati 78 % pelajar percaya penilaianrakan sebaya memberi peluang kepada pelajar belajar sesuatu dalam belajar daripada rakan lain


5. Kesimpulan kajian

Artikel 1:


Berdasarkan Alrichter (1993), ciri kajian tindakan yang berkualiti adalah :
a) pengumpulan dan analisis data adalah dari pelbagai sumber dan perspektif,
b) Refleksi dan tindakan mestilah saling berkaitan
c) Pendekatan yang digunakan dalam kajian adlah subjektif
d) Prosedalam kajian adalah bukan untuk mencari penyelesaian tetapi lebih kepada memberi penambahbaikan
e) kajian tindakan mempertimbangkan kolaborasi dan penilaian rakan sebagai salah satu proses dalam refleksi
f) dapatan kajian perlu disebarkan secara interktif dan profesional.

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan kajian tindakan sebagai cara untuk membangunkan perubahan dalam sistem pengajaran pendidikan khas.
daripada hasil yang dilaporkan, penulis mendapati kajian tindakan yang dijalankan menepati ciri - ciri kajian tindakan yang berkualiti seperti yang dicadangkan oleh Alrichter (1993).Dalam usaha untuk menjalankan pendekatan inklusif pelajar berkeperluan khas ke dalam aliran perdana,penulis berpendapat ia sangat sesuai dijalankan supaya perkembangan kognitif kanak-kanak seiring dengan usia mereka jika dibiarkan bersosial dengan pelajar alairan perdana.Jika mereka dikelompokkan dalam kumpulan yang sama kekurangupayaan, cara ini dilihat tidak membantu dalam perkembangan kognitif mereka.Penulis membuat kesimpulan pelajar bermasalah pendengaran dan penglihatan perlu diberi perhatian dan pengubahsuaian dari segi kurikulum mereka supay mereka berpeluang bersaing dengan adil dengan rakan di aliran perdana.Pengorganisasian semula sekolah perlu dijalankan dalam mereka bentuk cara pengajaran dan pembelajaran serta penglibatan aktif ibubapa juga sangat digalakkan.


Artikel 2:

Kajian mendapati penilaian secara formatif dalam kelas adalah pendekatan yang teoritikal dan praktikal dalam melaksanakan kajian dan pembangunan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama dengan bentuk divergen. Melalui kajian ,mereka dapati bentuk divergen lebih sesuai kerana ia lebih fokus kepada apa yang pelajar tahu , faham dan boleh lakukan.


Artikel 3
Kajian tindakan yang digunakan dalam kajian ini sangat membantu dalam pembinaan pelaksanaan penilaian rakan sebaya dalam kelompok kelas yang besar.Daripada kajian ini penulis mencadnagkan beberapa faktor dalam untuk melaksanakan penilaian rakan sebaya dalam kelas yang besar iaitu:
-pelajar mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam melakukan tugasan
-pastikan tugasan yang hendak dinilai,adalah tugasan yang biasa atau lazim bagi pelajar
-pastikan tutor dan koordinator bertanggungjawab dan telus terutama jika terdapat permasalahan yang berlaku semasa proses penilaian
-gunakan kriteria atau ciri penilaian yang dibina bersama antara koordinator dan ahli penyelidik dalam menyebarkan maklumat.
-jika pelajar tidak berpuas hati dengan markah yang diperolehi,beri peluang kepada pelajar untuk menjalankan pemarkahan semula.

No comments:

Post a Comment