Saturday, May 9, 2009

'THE ONLY CONSTANT THING IN LIFE IS CHANGE....'

KULIAH 3-PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Apakah kaitan perubahan dengan pendidikan?

Pendidikan adalah proses yang dinamik dan tidak statik.Ini kerana ilmu akan sentiasa berkembang melalui penyelidikan atau kajian

Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan kerana manusia merupakan watak utama dalam pendidikan.
Manusia akan berubah samaada dari segi tingkahlaku,pemikiran,fizikal dan emosi.Perubahan ini pula berlaku setiap hari.Jika tiada perubahan bererti manusia itu tidak melakukan apa-apa atau mungkin mati.

JENIS-JENIS PERUBAHAN

Mengikut Dessler (1995),terdapat 4 jenis perubahan :

1. Perubahan ke arah peningkatan

Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi tertentu.Contohnya penggunaan teknologi baru,program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti staf.

2. Perubahan strategik organisasi

organisasi berubah kerana persekitaran dan melibatkan keseluruhan organisasi.
contohnya mendefinisikan semula peranan organisasi, pembentukan semula misi dan visi
dan mendefinisikan semula sistem tugas,peranan dan sistem ganjaran

3. Perubahan reaktif

Berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan.
Kepekaan pelanggan terhadap persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.Contohnya disebabkan pelajar-pelajar zaman sekarang dilihat kurang berkemahiran dibandingkan dengan keputusan peperiksaan,sistem berasaskan peperiksaan ditukar kepada sistem berasaskan sekolah mulai tahun 2010.

4. Perubahan akibat jangkaan

Perubahan bukan disebabkan desakan pelanggan tetapi kerana terdapat kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif.Contohnya persiapan menghadapi pesaing baru,penciptaan teknologi baru yang memerlukan organisasi berubah.

PERUBAHAN KOMPLEKS

EVOLUSI -Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
REVOLUSI-Perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan


PERUBAHAN MULTIDIMENSI

6 dimensi yang perlu difahami:

  1. Tujuan perubahan- perubahan peringkat pertama dimana perubahan dibuat untuk kembali kepada asal yang diinginkan dan perubahan dibuat untuk meningkatkan pencapaian atau keadaan sistem.Perubahan peringkat kedua melibatkan perubahan drastik sesuatu sistem seperti matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut.(Barrot & Raynold 1998)
  2. Unit perubahan- terdidi daripada individu,kumpulan,jabatan,organisasi,sistem organisasi dan komuniti
  3. Sistem perubahan - Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar perlu perubahan pada peringkat kecil dahulu.Mengubah seseorang individu mesti dilakukan dengan usaha mengubah sikap,tingkahlaku atau kedu-duanya.
  4. Magnitud perubahan - sejauh mana perubahan yang dirancang akan diimplimentasikan
  5. Skop perubahan - skop terhadap sejauhmana penambahbaikan dlm perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian
  6. Jangkamasa perubahan - perubahan yang memberi kesan berkekalan merupaka perubahan yang berjaya diimplimentasikan berbanding yang memberi kesan sementara.

MODEL-MODEL PERUBAHAN

1. Model penggabungan Roger
-
Proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti berdasarkan penyelidikan keadaan semasa atau jangkaan pembangunan akan datang.
Kemudian masalah akan disiasat dan diselesaikan.Knowing in action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan

2. Model Kanter

-menegaskan bahawa struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama: penjanaan idea,membina idea,realisasi idea dan pemindahan idea

3. model Rand

-tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan dan memandu ke arah pengumpulan data dan analisis.
-Menurut Bermann & Mc Laughlin proses perubahan sekolah melibatkan 3 langkah iaitu daya usaha, implementasi dan penggabungan.

4.Model ACOT

- Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur

-Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu

  • kemasukan(entry)
  • memilih(adoption)
  • menyesuaikan(adaptation)
  • penggunaan(appropriation)
  • merekacipta(Invention)


AKTIVITI KUMPULAN

Nyatakan sebab mengapa individu menentang perubahan dan penyelesaian
1) takut kepada risiko kegagalan pada perubahan yang dilakukan
2) individu tidak yakin untuk melakukan perubahan
3) individu berasa selesa dengan situasi sedia ada dan tiada motivasi untuk berubah
4) individu salah faham mengenai konsep perubahan
5) individu malas berusaha untuk merancang dan melaksanakan perubahan ke arah peningkatan
6) individu kurang pengetahuan mengenai perubahan yang berlaku
7) individu berfikiran negatif dengan menganggap perubahan akan mengganggu kehidupan mereka
8) individu takut berhadapan dengan persepsi negatif masyarakat sekeliling jika berlaku perubahan

Penyelesaian
Bulleted List
  • pengetahuan dan penerangan yang jelas mengenai konsep perubahan perlu diberikan kepada individu
  • meningkatkan keyakinan dalam diri supaya berani berhadapan dengan perubahan
  • perancangan yang teliti untuk berubah
  • berfikiran positif dan optimis terhadap perubahan yang berlaku
  • menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk mencapai yang lebih baik.
disediakan bersama
Wan Roziah Wan Endut,
Ong Chee Kiong

No comments:

Post a Comment