Tuesday, April 28, 2009

AKTIVITI 1 (individu)


Masalah yang perlu diberi penambahbaikan dan matlamat

Selepas berakhirnya program BIG II pada 19 April 2009, saya telah dapat mengesan beberapa masalah dalam diri saya melalui refleksi yang telah dilakukan. Antara masalah yang perlu diberi penambahbaikan adalah

i) Pasif dan tidak proaktif

Bagi masalah pasif dan tidak proaktif, matlamat umum saya pada masa akan datang bermula semester ini, saya akan melibatkan diri dengan lebih aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar DPLI atau pentadbiran Fakulti Pendidikan UKM. Jika sebelum ini saya hanya berperanan sebagai ‘follower’ tetapi untuk masa akan datang saya mahukan diri saya menjadi antara penggerak atau orang yang penting dalam sesebuah aktiviti.

Pelan Tindakan

Untuk mengurangkan dan seterusnya mengatasi masalah ini, saya telah melakukan 4 aspek utama dalam pelan tindakan iaitu megkaji langkah – langkah yang perlu diambil, merancang proses pengumpulan data, memantau pelaksanaan setiap perancangan dan menilai keberkesanan setiap pelaksanaan.

Antara langkah yang saya jalankan:

1. Berani bersuara dan mengambil bahagian di dalam kelas atau kuliah semasa diminta bertanya soalan, memberi pendapat atau idea

2. Memandangkan saya mengambil kursus Rekreasi Dalam Komuniti (RDK) saya mencabar diri saya menjadi setiausaha program kerana mengikut pengalaman saya jawatan ini antara jawatan yang menjalankan banyak kerja samaada dalam organisasi atau dengan pihak luar yang terbabit. Secara tidak langsung saya dapat berkongsi dan mengaplikasi pengalaman saya sebelum ini dengan rakan- rakan lain dan menambahkan lagi pengetahuan serta pengalaman dalam menganjurkan program yang lebih besar.

Proses pengumpulan data :

1. Dalam dua minggu semester 2 ini bermula, saya telah mula menjalankan perancangan saya terutama dalam kelas tumpuan kedua di mana saya lebih aktif bertanya soalan dan memberi pendapat. Respon daripada pensyarah dan rakan – rakan seperti pujian merupakan salah satu cara bagaimana saya mengumpul data.Walaubagaimanapun, respon yang saya perlukan tidak semestinya pujian, apa sahaja pendapat yang rakan-rakan saya berikan juga merupakan cara saya mengumpul data.Contohnya, jika saya terlalu kerap bertanya akan menyebabkan ada beberapa pihak yang tidak senang hati.Ini juga merupakan salah satu data yang saya boleh perolehi.

2. Semasa dalam organisasi RDK, saya akan bertanya pendapat pengerusi mengenai prestasi kerja saya dalam menjalankan tugas sebagai setiausaha.Samaada beliau berpuas hati atau tidak, ia merupakan data yang akan menjadi panduan pada diri saya.

Memantau pelaksanaan.

Bagi memastikan apa yang dilaksanakan selaras dengan perancangan, setiap hari saya akan melakukan reflesi kendiri dan memastikan ia berlaku secara berterusan dan bukan hanya sekali sahaja. Setiap perubahan juga saya akan rujuk peda pendapat kawan-kawan yang berlainan.

Penilaian

Setelah mendapat maklumat daripada rakan-rakan, saya menilai kembali setiap perubahan yang berlaku dalam diri saya.Jika ada lagi yang perubahan yang belum mencapai target, saya akan beri penambahbaikan supaya lebih berkesan. Setakat ini,pada peringkat yang masih awal tindakan saya,Alhamdulillah dari salah satu aspek yang kecil, saya lihat perubahan yang paling ketara adalah semua pelajar DPLI09 sudah mengenali dan menyedari kewujudan saya dalam program ini. Sebelum ini, jika ada yang bertanya siapa Bahariah Baharin, pasti ada antara pelajar yang masih tidak mengenali saya tetapi masuk semester 2 bila orang bertanya siapa Bahariah Baharin, orang akan menjawab ‘Bahariah yang pandai menari tu’..

Ia bukan bertujuan untuk riak atau menunjuk, tapi saya memandang dari satu sudut positif di mana saya mula melonjakkan diri saya ke tahap lebih daripada ‘comfort zone’. Ia juga merupakan pemangkin kepada perubahan positif yang lebih baik untuk diri saya dari segi aspek- aspek yang lain seperti proaktif, daya kepimpinan dan tahap keyakinan yang tinggi.


No comments:

Post a Comment