Friday, April 24, 2009

Kuliah1 -konsep kajian tindakan

Apakah yang saya faham mengenai kajian tindakan??

Hari pertama,minggu pertama kuliah untuk kursus GGGB5023 Kajian Tindakan, saya diperkenalkan dengan konsep mudah apa itu kajian tindakan.

Kajian tindakan adalah proses di mana individu mengambil langkah menganalisis sesuatu masalah, melakukan tindakan penambahbaikan terhadap masalah tersebut dan seterusnya menilai tindakan tersebut sehingga berjaya mendapat hasil yang lebih baik.

ia melibatkan 3 peringkat utama iaitu
1) mengemukakan persoalan
2)mengumpul data
3)mengemukakan jawapan kepada soalan.

-Kajian tindakan berbeza dengan kajian- kajian lain seperti yang saya lakukan semasa kajian di tahun akhir Ijazah Sarjana Muda.
-Berbeza dengan kajian tersebut, dalam kajian tindakan jika saya yang melakukan kajian tindakan saya terlibat sepenuhnya terhadap permasalahan yang saya kaji.
-Setiap permasalahan tersebut, akan diambil tindakan dan pihak lain tidak boleh mempertikaikan hasil dapatan kajian saya.
-Tetapi selepas tindakan dilakukan, jika permasalahan tersebut masih tidak mencapai tahap yang lebih memuaskan,tindakan penambahbaikan perlu diambil.
-Proses kitaran ini akan sentiasa berulang-ulang sehingga hasil yang diperolehi memuaskan.
-Proses kitaran bermula dengan mengenalpasti masalah- mengkaji - bertindak - menilai dan yang terakhir melakukan penambahbaikan.

Kepentingan kajian tindakan

1) menambah pengetahuan baru
2) memperbaiki kelemahan
3)meluaskan perspektif dan mengembangkan idea-idea baru
4) menjadikan ilmu lebih bermanfaat dengan berkongsi hasil dapatan dengan orang lain

Jenis-jenis kajian tindakan
antara jenis-jenis kajian tindakan adalah

a) Kajian tindakan oleh guru secara individu dimana guru fokus pada sesuatu isu dalam bilik darjah

b)Kajian Tindakan kolaboratif dimana melibatkan lebih daripada 2 orang guru samaada dari bidang yang sama atau berbeza

c) kajian tindakan peringkat sekolah di mana fokus kepada 1 isu yang sama di peringkat sekolah
d) Kajian tindakan peringkat daerah dimana guru-guru dari sekolah berlainan tetapi dalam satu daerah menfokus pada 1 isu yang sama

Contoh

Contoh paling mudah mengenai kajian tindakan adalah masalah saya sendiri. Saya tidak kreatif dalam menyediakan bahan pengajaran yang menyebabkan pelajar kurang berminat dengan apa yang saya ajar.

Kemudian, saya akan belajar dan membuat rujukan melalui pelbagai sumber seperti majalah, buku-buku dan internet bagaimana menjadikan sesi pengajaran lebih menarik bagi memupuk minat untuk belajar terutama di kalangan pelajar yang agak lemah dan malas

Langkah seterusnya, saya bertindak dengan menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik dan kreatif berpandukan bahan rujukan saya.Jika saya masih lagi gagal menarik minat pelajar lemah untuk belajar, saya perlu mengubahsuai teknik supaya lebih efisyen.

Proses ini akan berulang sehingga saya berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Selagi ia tidak berjaya, usaha penambahbaikan akan berterusan sehingga berjaya menyelesaikan permasalahan tersebut.

No comments:

Post a Comment